Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi
Penyakit Kulit Ekzema (dermatitis atopik) ini boleh dikatakan sebagai masalah yang boleh menjejaskan kesihatan kulit secara berpanjangan serta selalu dikaitkan dengan kanak-kanak.
Ekzema pada bayi ini boleh berlaku pada sesetengah bayi seawal usia mereka baru mencecah dua bulan. Ini kerana tahap hyper-sensitiviti kulit yang lebih tinggi berbanding orang dewasa.
Punca, Tanda Dan Penyebab Penyakit Kulit Ekzema Bayi
Tetapi ini adalah perkara biasa dan masih boleh dirawat semasa beberapa bulan pertama mereka walaupun ianya kerap berlaku.
Cuma apabila keadaan menjadi lebih serius seperti munculnya ruam, kering melampau dan gatal-gatal yang boleh menjurus kepada masalah kulit berkaitan ekzema.
Perkara ini boleh membuatkan kita tidak pasti samada ianya adalah eczema ataupun penyakit kulit yang biasa berlaku pada bayi.
Contohnya: amat mudah untuk kita keliru antara penyakit kulit ekzema dengan "Cradle Crap", tetapi terdapat beberapa beberapa perbezaan utama.
Cradle cap lebih kepada jangkitan fungus serta lebih kurang merah dan bersisik dan biasanya muncul pada kulit kepala, belah hidung, kelopak mata dan kening, di belakang telinga. Ia biasanya akan hilang setelah bayi berusia 8 bulan keatas.
Bagaimanapun hanya Doktor anda sahaja yang boleh memberikan kepastian dan jawapannya.
Tanda Ekzema Pada Bayi:
Ekzema yang juga dikenali sebagai atopik dermatitis boleh terjadi apabila munculnya tompok kulit merah atau kering. Keadaan kulit lebih kasar dan selalu menjadi lebih gatal.
Ianya boleh terjadi di mana-mana sahaja pada badan bayi. Selalunya, akan memberi kesan kepada pipi, sendi tangan dan kaki mereka.
Punca dan Penyebab:
Punca utama ekzema pada bayi adalah bergantung sejarah di dalam keluarga. Jika ibu atau ayah mempunyai ekzema, bayi juga adalah jauh lebih cenderung untuk mendapatkannya.
Ekzema boleh berlaku apabila badan menghasilkan terlalu sedikit sel-sel lemak yang dikenali sebagai ceramides. Jika anda tidak mempunyai sel-sel ini yang cukup, kulit anda akan kehilangan air dan menjadi sangat kering.
Antara lain penyebab utama terjadinya ekzema adalah kerana tindak balas hipersensitiviti dimana kulit bertindak balas secara keterlaluan kepada pencetus tertentu seperti pewarna, kain, sabun, haiwan dan juga beberapa perengsa lain.
Kulit mungkin kelihatan merah, meradang, mengelupas, retak, melepuh, atau bernanah. Secara umumnya ia tidak ditutup dengan bersisik kulit mati.
Ekzema boleh berlaku di banyak tempat menyusahkan. Lampin dan krim bayi boleh merengsakan kulit sensitif, menyebabkan ruam lampin yang melampau. Dalam beberapa kes, ekzema meliputi keseluruhan kawasan yang bersentuhan dengan lampin.
Contoh-contoh Gambar Ekzema Pada Bayi
Ianya adalah bergantung kepada rawatan peringkat awal. Namun kebiasaannya kanak-kanak akan mempunyai ekzema sehinggalah dewasa. Mereka cenderung untuk mempunyai keadaan kulit yang kering.
Setiap bayi adalah berbeza. Tetapi terdapat beberapa perkara supaya ekzema tidak menjadi bertambah buruk. Antaranya:
Perengsa - Elakkan pakaian bulu kasar yang menggatalkan, poliester, minyak wangi, sabun badan dan sabun dobi.
Haba dan peluh - Kedua-duanya boleh membuat gatal ekzema bayi menjadi lebih teruk.
Alergi Makanan - Sesetengah pakar percaya bahawa mengeluarkan susu, kacang tanah, telur atau buah-buahan tertentu daripada diet kanak-kanak boleh membantu mengawal ekzema.
Hipersensitiviti kepada bahan lampin atau krim yang digunakan ketika mencuci bahagian tersebut boleh memburukkan kulit.
Tukarlah kepada lampin kapas lembut atau menggunakan pembersih lain yang boleh membantu mengurangkan masalah penyakit kulit ekzema pada kawasan tertentu terutamanya di kemaluan bayi.